arak - raja segala kejahatan

Friday, January 16, 2009

Dosa manakah yang paling dahsyat dan bahaya, meminum minuman yang memabukkan, berzina atau membunuh. Itulah teka-teki sebagai inti khutbah Khalifah Ustman bin Affan r.a. seperti yang diriwayatkan oleh Az-Zuhriy, dalam khutbah Ustman itu mengingatkan umat agar berhati-hati terhadap minuman yang memabukkan iaitu arak. Sebab minuman yang memabukkan itu sebagai pangkal perbuatan keji dan sumber segala dosa. Khalifah Ustman meneruskan khutbahnya, pada zaman dahulu hidup seorang ahli ibadah yang selalu tekun beribadah ke masjid. Suatu hari lelaki yang soleh itu berkenalan dengan seorang wanita cantik.

Kerana terlalu jatuh hati, lelaki itu menurut saja ketika disuruh memilih antara tiga permintaannya, tentang kemaksiatan. Pertama minum arak, kedua berzina dan ketiga membunuh bayi. Lelaki tersebut merasakan minum arak dosanya lebih kecil daripada dua pilihan lain yang diajukan wanita pujaan itu, lalu lelaki soleh itu memilih minum arak.
Tetapi apa yang terjadi, dengan minum arak yang memabukkan itu, dia melanggar dua kejahatan yang lain. Dalam keadaan mabuk dan lupa diri, lelaki itu menzinai pelacur itu dan membunuh bayi di sisinya.

"Kerana itulah hindarilah arak, kerana minuman itu sebagai biang keladi segala kejahatan dan perbuatan dosa. Ingatlah, iman dengan arak tidak mungkin bersatu dalam tubuh manusia. Salah satu di antaranya harus keluar. Orang yang mabuk mulutnya akan mengeluarkan kata-kata kufur, dan jika menjadi kebiasaan sampai akhir ayatnya, ia akan kekal di neraka."

0 comments:

Design of Open Media | To Blogger by Blog and Web